Khamis, 24 Februari 2011

TUP....TUP....KEJAP JE....

Kejap je masa berlalu tup-tup dah nak masuk bulan 3 2011..
Tup-tup dah nak masuk 27 tahun...
Tup-tup dah kahwin...
Tup-tup dah ada anak...
Tup-tup anak dah pandai meniarap..
Tup-tup anak dah 5bulan....

Alhamdullillah, sehingga umur baby Iris 5bulan, anakku masih dalam keadaan sihat sejahtera...semoga die terus sihat...ibu & papa sgt sygkan baby Iris...sayang skali... :) xsabar rasanya ibu nak masak utk anak ibu ni...


Hari ini hari utk aku masak setelah sekian lama xmemasak ni...walaupun pada hakikatnya mmg xpandai masak....hehe..teringin plak nak masak Udang Goreng Mentega..sedapnya...dah lama xmakan....jom Puan Coco's kongsikan resepinya yang Puan Coco's skodeng dari tenet..hehe...maklumla Puan Coco's xberapa pandai masak...so search Google la jawabnya..hehehe....

UDANG GORENG MENTEGA

BAHAN-BAHANNYA...

Udang sederhana besar - dibuang kulit (300g)~~Telur - dikacau hingga pecah (2 biji)~~Bijirin Oat (5 sudu besar)~~Daun Kari (1 tangkai)~~Cili Padi - dihiris nipis (5 biji)~~Bawang Merah - dicincang (3 ulas)~~Bawang Putih - dicincang (2 ulas)~~ Stok Ayam (1/4 cawan)~~Mentega (3 sudu besar)~~Serbuk Lada Putih (secukup rasa)~~Gula (secukup rasa)~~Garam (secukup rasa)

CARA-CARANYA...
Goreng udang dalam minyak panas selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.~~Kurangkan minyak dan masukkan mentega.~~Setelah mentega cair, masukkan telur dan kacau rata.~~Masukkan bawang putih, bawang merah, stok ayam, cili padi, daun kari, garam, serbuk lada putih, dan gula.~~Apabila naik bau dan daun kari sedikit layu, masukkan udang dan bijirin oat.~~Gaul sebati dan hidang.


SELAMAT MENCUBA!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan